Oppo A6 Pro 5G kini dilancarkan di Malaysia sebagai telefon pertengahan baharu yang tahan lasak dan kalis air. Ia sesuai untuk kegunaan harian dengan pelbagai ciri moden yang praktikal.
Oppo A6 Pro 5G hadir dengan skrin 6.57″ FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai oleh cip Mediatek Dimensity 6300 bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Peranti ini menjalankan ColorOS 15 untuk pengalaman penggunaan yang moden dan mesra pengguna.