PORT DICKSON – Tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Merah di Hutan Royal Belum, Perak dalam kejadian pada 30 November lalu.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, misi pencarian Lans Koperal, Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi daripada pasukan 22 Komando, Kem Iskandar Mersing, Johor itu masih diteruskan yang kini memasuki hari ke 12.