OpenAI sebelum ini mengesahkan mereka sedang membangunkan sebuah peranti kecerdasan buatan (AI) yang bukannya sebuah telefon pintar. Bagi merealisasikan impian menghasilkan perkakasan sendiri, OpenAI mengambil alih syarikat io milik Jony Ive.
Dalam laporan terkini The Information, OpenAI kini dilaporkan sedang membangunkan speaker pintar tanpa skrin sebagai produk pertama. Kontrak dengan Luxshare dan Goertek telahpun ditandatangani sebelum pengeluaran dimulakan. Kedua-dua syarikat adalah pembekal kepada beberapa produk keluaran Apple.