JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, mencatat kejayaan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila menewaskan penyandang, Khairuddin A Rahim untuk jawatan Ketua Cabang Batu Pahat bagi penggal 2025–2028.
Onn memperoleh 462 undi berbanding Khairuddin yang meraih 391 undi dalam pertandingan satu lawan satu itu.