OnePlus 13s akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Jun 2025 seperti yang dimaklumkan dalam kemas kini di Facebook rasmi OnePlus India. Kemas kini tersebut turut memaparkan imej peranti berkenaan yang kelihatan serupa dengan rekaan yang telah diperlihatkan sebelum ini.
Pengeluar telefon pintar dari China itu sebelum ini telah mengumumkan bahawa OnePlus 13s ialah model eksklusif untuk pasaran India. Ia juga akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black Velvet, Pink Satin dan Green Silk. Selain itu, peranti ini juga telah disahkan akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite.