Petarung muay thai negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali, mengembalikan rentak kemenangannya dengan menewaskan petarung dari Maghribi, Zakaria El Jamari, dalam pertarungan ONE Fight Night 35 di Bangkok sebentar tadi.
Jojo tewas secara keputusan juri dalam dua perlawanan terakhir ONE Championship tetapi kali ini, dia membuktikan betapa dia masih memiliki keampuhan dengan memilih KO sebagai jalan kemenangan.