Aliff Rakib bakal mencabar gelaran ONE Strawweight Muay Thai World Champion milik
Prajanchai PK Saenchai selepas melakar empat kemenangan berturut-turut dalam One Championship.
Petinju berusia 21 tahun itu menyerlahkan kehandalannya apabila mengalahkan Elmehdi El Jamari melalui keputusan juri dalam kategori strawweight One Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok Thailand, hari ini