Petarung muda negara, Adam Rakib, mempamerkan semangat juang tinggi dengan bertarung dan berjuang sehingga ke titik terakhir sebelum tewas kepada petarung dari Perancis, Nahyan Mohammed, dalam ONE Friday Fights 116, di Stadium Lumpinee, Bangkok, malam tadi.
Dalam pertarungan kategori 112 LBS muay thai itu menyaksikan Adam turun sekali lagi membuat perhitungan berdepan lawan sama selepas mencipta kemenangan dalam penampilan sulungnya di pentas itu sebelum ini.