LANGKAWI – Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd terpaksa membatalkan beberapa trip laluan dari Pulau Langkawi menuju Kuala Kedah dan Kuala Kedah menuju Pulau Langkawi berikutan cuaca buruk pada Sabtu.
Pengurus Operasinya, Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, ia berikutan ketinggian ombak lebih kurang 4.0 meter (m) di laut.