BANGUNAN baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang dikenali sebagai ‘Olympic House’ bakal menjadi mercu tanda ikonik Hab Sukan Negara dan dijangka siap sepenuhnya pada 2028.
Ikonik baharu yang akan dibangunkan di Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC), Bukit Jalil itu dianggarkan menelan kos sebanyak RM97 juta.