PUTRAJAYA – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyatakan sokongan terhadap usaha mempertahankan kebebasan badan kehakiman apabila turun menyertai Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman anjuran Majlis Peguam Malaysia, di sini pada Isnin.
Beliau menegaskan bahawa hak berhimpun secara aman adalah jaminan Perlembagaan Persekutuan dan turut didukung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.