BUKIT MERTAJAM – Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar enggan melayan cadangan beberapa pihak yang mahukan agar debat antara beliau dengan penyandang Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli diadakan menjelang pemilihan parti.
Sebaliknya, puteri reformasi itu memilih untuk bertemu dengan akar umbi dan perwakilan dalam tempoh berbaki lima hari lagi berkempen menjelang pemilihan parti pada 23 Jun ini.