JOHOR BAHRU – Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengambil pendekatan positif terhadap dakwaan Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa pemilihan PKR 2025 telah ‘diaturkan’.
Bagaimanapun, katanya, pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR tidak boleh mengabaikan dakwaan tersebut dan perlu menjalankan siasatan menyeluruh.