SHAH ALAM – Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menghalang Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar daripada mengiktiraf peranan penting seterunya, Datuk Seri Rafizi Ramli ketika rundingan pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Dengan Menteri Ekonomi itu berperanan sebagai Pengarah Strategik PKR pada ketika itu, Nurul Izzah mengakui Rafizi memainkan peranan besar dalam sesi rundingan yang sukar dan mencabar bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diketuai oleh bekas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Hasil rundingan tersebut membolehkan PKR memperoleh 48 kerusi Parlimen.