Nothing bakal memperkenalkan produk baharu dalam segmen fon kepala dengan pelancaran Nothing Headphone (1) pada 1 Julai 2025. Fon kepala ini akan dilancarkan serentak dengan Nothing Phone (3) menjadikan acara tersebut antara yang dinanti-nantikan oleh peminat setia jenama ini.
Reka bentuknya yang elegan serta teknologi canggih hasil kerjasama dengan syarikat audio ternama KEF menjanjikan pengalaman audio berkualiti tinggi. KEF memberi gambaran bahawa Nothing Headphone (1) mungkin mampu menyaingi fon kepala berprestasi tinggi seperti AirPods Max keluaran Apple, tetapi dengan reka bentuk lut cahaya yang menjadi identiti produk Nothing.