Lebih dua dekad hidup bersama nyata bukan satu tempoh singkat. Bak kata pepatah, ‘Sedangkan lidah lagi tergigit apa lagi suami isteri,’ ini jelas menggambarkan realiti sebenar sebuah perkahwinan. Pastinya Dato’ AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida sudah pun melalui pelbagai dugaan alam rumah tangga namun berkat kesabaran mereka kini bahagia melayar bahtera bersama-sama dengan dua anak tersayang.
Tanggal 10 Oktober ini genap 21 tahun usia perkahwinan pasangan romantis yang juga pemilik stesen televisyen SUKE TV. Terharu dengan pengorbanan masing-masing, Datin Emylia berkongsi video dan memori bersama suami tercinta di media sosial miliknya.