KUALA SELANGOR – Insiden kolam takungan pecah kembali menghantui penduduk Taman Seri Alam, Saujana Utama, di sini apabila hujan lebat yang melanda menyebabkan benteng kolam pecah buat kali ketiga pada pagi Rabu.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Dr Ab Halim Tamuri, beliau sendiri turun meninjau kawasan terlibat dan menyifatkan kejadian itu sebagai amat menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila ia sudah berulang tanpa penyelesaian tuntas.