TAIPING – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyelar Tan Sri Noh Omar berhubung saranannya agar parti itu bergabung menghidupkan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Beliau berkata, cadangan diberikan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu adalah di luar kelayakannya memandangkan beliau telah dipecat dan bukan lagi ahli UMNO.