SHAH ALAM – Nilai integriti yang semakin pudar dalam segelintir kakitangan merupakan punca berlaku rasuah dan salah guna kuasa melibatkan sektor awam di negara ini.
Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib berkata, sikap tidak bertanggungjawab dan kurangnya etika kerja antara penyebab utama berlakunya jenayah tersebut.