Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin telahpun bergelar suami kepada gadis pilihan, Nur Fatin Alissa Azam pada 24 Jun 2023.
Berlangsung dalam sebuah majlis akad nikah di Hulu Langat sekitar tengah hari tadi, Alif atau nama sebenarnya, Alif Muhaimin Abdul Rahman telah dinikahkan kepada Fatin Alissan oleh bapa pengantin perempuan, Azam Abdullah sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam, Kariah Masjid Al-Ehsan, Sungai Serai, Hulu Langat, Ahmad Khaliq Ahmad Rasid.