KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa pada Pemilihan PKR 2025 apabila kalah kepada pencabarnya, Datuk Afdlin Shauki.
Afdlin, yang juga pelakon dan pengarah filem terkenal, menang setelah memperoleh sebanyak 631 undi pada pemilihan parti itu peringkat Cabang, yang berlangsung serentak dengan sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Sabtu.