KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menawarkan tiga agenda utama kepada anggota parti itu dalam usahanya mempertahankan jawatan berkenaan dalam Pemilihan PKR bagi sesi 2025-2028.
Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, tawaran itu adalah meneruskan program Felo Keadilan untuk melahirkan pemimpin muda berwibawa, memantapkan sistem perkaderan dan pendidikan politik serta menyusun dan menyiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).