SHAH ALAM – Selepas Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, Nik Nazmi Nik Ahmad turut mengikut jejak langkah sama berkuat kuasa 4 Julai ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu berkata, keputusan tersebut dibuat susulan kegagalannya mempertahankan jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti baru-baru ini.