KOTA BHARU – Ramai yang mungkin tertanya-tanya wanita yang mengiringi dua ekor gajah sempena Majlis Perasmian Festival Keris dan Warisan Kelantan 2024, Istana Balai Besar pada Khamis lalu.
Wanita berkenaan, Nik Aidil Marina Datuk Nik Sapeia, 47, berada di tengah-tengah Sanum dan Cherry yang dilihat tenang walaupun dikerumuni orang ramai pada pesta terbabit.