LONDON – Amerika Syarikat terus mendominasi senarai 50 bandar terkaya dunia berdasarkan bilangan jutawan, dengan 11 bandar AS termasuk dalam senarai, menurut laporan Wealthiest Cities in the World 2025 yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA).
New York City kekal di kedudukan teratas dunia dengan dihuni lebih 384,000 jutawan, termasuk 818 individu yang memiliki kekayaan melebihi AS$100 juta dan 66 bilionair.