TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan bahawa Mohammed Sinwar, Ketua Hamas di Gaza telah terbunuh dalam satu operasi ketenteraan Israel.
Sinwar yang merupakan adik kepada bekas pemimpin Hamas, Yahya Sinwar telah menjadi salah satu sasaran utama Israel dalam konflik berterusan dengan kumpulan pejuang tersebut.