SEPANG – Seorang pembantu kedai makan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol dan samun wanita warga emas di tangga berhampiran lif sebuah apartment di Cyberjaya, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 25 tahun itu direman bermula Sabtu hingga Jumaat ini.