SHAH ALAM – Keputusan nasib Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis lalu atas dakwaan mengkritik kerajaan dalam isu pelantikan syarikat U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua, mungkin tertangguh dan tidak akan diumumkan hari ini.
Sumber terdekat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata, hal ini susulan satu mesyuarat MPP yang sepatutnya diadakan pada Ahad, difahamkan telah dibatalkan pada saat akhir.