Untungnya Lure Hsu kerana dikurniakan wajah awet muda! Kalau tengok rupa paras personaliti Taiwan ini pasti ramai yang menyangka dia baru berusia 20an. Hakikatnya, pereka hiasan dalaman dan blogger fesyen ini bakal mencecah umur 48 tahun!
Pernah menjadi bualan di laman maya kerana memiliki raut wajah muda 20 tahun daripada usia sebenar, Lure Hsu dilahirkan pada 15 Ogos 1975 di Taipei. Dia juga mempunyai dua adik-beradik perempuan iaitu Fayfay, sosialit Taiwan berusia 49 tahun dan Sharon yang juga model berumur 41 tahun.