KAPAR – Pemuda UMNO Bahagian Kapar menegaskan bahawa mereka tidak menghalang mana-mana ahli yang ingin meninggalkan parti, namun mengingatkan agar tindakan tersebut dilakukan dengan penuh adab tanpa memperlekeh atau memburukkan parti yang pernah memberi peluang dan ruang kepada mereka.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Affifi Aris berkata, setiap individu mempunyai hak untuk membuat keputusan sama ada ingin melompat parti, berhenti keahlian, atau menyertai parti lain.