KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat, atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn. Bhd.
Pada 3 Februari 2019, Najib, 72, didakwa atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya, di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.