PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Pasukan peguam bekas Perdana Menteri ke-6 menjangkakan Datuk Seri Najib Tun Razak dikeluarkan daripada tahanan penjara dalam tempoh sebulan.
Peguamnya, Tan Sri Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan, perkara itu berlaku sekiranya prosiding semakan kehakiman yang mencabar kewujudan Titah Adendum di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memihak kepada pihak mereka.