KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberikan penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, di sini pada Selasa.
Najib, 72, dibenarkan menghadiri Istiadat Pengebumian Negara itu ketika perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini.