PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi pada Selasa diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa untuk menolak sebarang keputusan kewangan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (CCID), R Rajagopal berkata, ia adalah kerana sebarang keputusan yang mempunyai implikasi besar terhadap ekonomi negara perlu dirujuk kepada Najib dalam kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu.