IPOH – Kerja-kerja menaik taraf padang bola sepak di Stadium Perak akan dimulakan hujung bulan ini, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.
Beliau berkata, lantikan kontraktor telah dibuat oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melibatkan baik pulih sistem saliran dan menukar rumput baharu menggunakan geran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjumlah RM500,000.