SHAH ALAM – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab (STS) dan mengarahkan 13 syarikat bas ekspres memberikan maklum balas berhubung kesalahan menaikkan harga tambang bas ekonomi sempena musim perayaan Aidilfitri 2025.
APAD dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak lima syarikat diberikan STS kedua, termasuk dipanggil ke Ibu Pejabat APAD untuk memberikan keterangan lanjut dan bukti tambahan.