< Kembali

Nai Dinamik Kandas Minggu Ketiga GV11 & Hanya Dapat 40.60% Saja, Liza Aziz Kali Ketiga Berturut-Turut Di Kedudukan Paling Atas!

Hiburan
Berita
Media Hiburan
179 Hari

Tidak bernasib baik, penyanyi Nai Dinamik diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir pada minggu ketiga menerusi program realiti popular, Gegar Vaganza 11 (GV11), malam tadi.

Nai Dinamik yang menyampaikan lagu hits XPDC, Apa Nak Dikata hanya meraih 40.60% sekali gus meletakkanya di tangga paling corot dalam kalangan 13 peserta lain.

Selain Nai, dua lagi peserta yang berada di posisi ‘bottom 3’ ialah Zehra Zamry dengan markah sebanyak 53.50% dan Reshmonu yang hanya meraih 52.70%.

Minggu hadapan, peserta yang masih mara dalam saingan akan mempersembahkan lagu bertemakan ‘Hore-Hore’, yang mana mereka harus menyanyikan lagu-lagu yang berentak rancak atau meriah.

GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu dan yang bertanding masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli M.S, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan