KOTA BHARU – Syarikat pengendali bas, Kenari Utara bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung nahas bas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Gerik-Jeli awal pagi Isnin.
Pegawai Operasi Kenari Utara, Mohd Nazri Nawi memaklumkan, kedua-dua pemandu bas terbabit yang masing-masing berusia 39 dan 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu.