KUALA LUMPUR – Selepas 17 jam nahas maut membabitkan bas yang membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengejutkan negara awal pagi tadi, proses bedah siasat ke atas 15 mayat mangsa selesai petang ini dengan senarai rasmi identiti enam individu sudah dikenal pasti.
Setakat 5.30 petang, mangsa yang dikenal pasti ialah Sufea Adela Maslihaizan, 21; Mohammad Aqil Taqiudin (21); Anis Soffiyya Md Zaidi, (20); Nur Ainul Qistina Mat Ali, (21); Muhammad Adib Hazim Halim (21) dan Wan Nur Suhaila Wan Muhammad (22).