GERIK – Mi celup yang dimasak Allahyarham Wan Nur Suhaila Wan Muhammad, 22, yang maut dalam nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di sini menjadi menu terakhir dihidangkan kepada ahli keluarganya.
Abang mangsa, Wan Muhammad Sham Wan Muhammad, 31, berkata, sebelum kejadian semua ahli keluarga berkumpul sempena Hari Raya Aidiladha.