BESUT – Kubur pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Ainul Qistina Mat Ali, 21, yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB), Gerik, telah siap digali oleh penduduk kampung sebelum jenazahnya tiba dari Perak.
Kakak mangsa, Nur Ainun Afiqah Mat Ali, 22, berkata, proses pengecaman mayat adiknya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh selesai sekitar jam 12.45 tengah hari pada Isnin.