GERIK – Jambangan bunga daripada wang kertas yang digubah sendiri sempena hari lahir ibu menjadi pemberian terakhir Muhammad Adib Hazim Halim, 21, sebelum dia terkorban dalam kemalangan tragis di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Banun Gerik awal pagi Isnin.
Abang arwah, Muhammad Aiman Hazman Halim, 32, berkata, jambangan bunga itu sebagai tanda kasih kepada ibu mereka Rus Lina Abd Razak, 69, sempena sambutan hari lahir yang diraikan bersama keluarga pada Ahad lepas.