IPOH – Baru sahaja 20 minit dibebaskan dengan jaminan mahkamah, pemandu lori muatan batu kerikil yang didakwa menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) minggu lalu ditahan semula bersabit kes curi lembu.
Penahanan lelaki berusia 45 tahun tersebut dilakukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk di pejabat kaunter pembayaran jamin sekitar jam 12.20 tengah hari pada Isnin.