Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norhamizah Sharifuddin. Foto Bernama
IPOH – Pemandu lori muatan batu kerikil yang didakwa menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), minggu lalu akan dibebaskan dengan jaminan mahkamah pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin, majikan tertuduh telah membayar wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.