SHAH ALAM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membuka sebuah bilik gerakan khas susulan nahas jalan raya yang meragut nyawa 15 pelajar universiti itu dalam kejadian tragis di Gerik, Perak pada awal pagi Isnin.
Bilik gerakan tersebut dibuka bagi menyelaras segala tindakan dan maklumat berkaitan insiden membabitkan sebuah bas persiaran yang dinaiki pelajar UPSI.