Sebagai suami, nafkah isteri dan anak-anak wajib didahulukan kemudian barulah ahli keluarga yang lain. Ini adalah salah satu perkara yang sangat penting bagi seorang suami dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Kadang-kadang suami lupa dan hanya ingat dengan memberi makan dan tempat tinggal sudah cukup untuk isteri dan anak-anak. Malah, rasa beruntung pula apabila isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.