Tidak keterlaluan rasanya untuk meletakkan Hero Remaja 2020, Ahmad Nadhir bin Ahmad Nasar sebagai salah seorang pelakon pelapis tempatan yang sedang kencang mengorak langkah di haluan yang tepat untuk satu hari nanti bergelar ikon dunia lakonan serantau.
Nadhir, 27 tidak gentar mencabar dirinya untuk membawakan watak-watak yang bervariasi. Adakala dia menjadi seorang pelajar sekolah, kemudian beralih ke watak seorang suami ‘kaki dera’ dan tidak kurang pula watak sebagai pendekar Tanah Melayu.