Penyanyi Nadeera Zaini mengakui menerima beberapa komen negatif daripada segelintir netizen yang meluahkan rasa bosan kerana dia sering menyanyikan lagu Bukan Lagi Kita di pelbagai acara.
Menurut Nadeera, atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, komen tersebut sedikit sebanyak membuatkan dirinya terasa hati, namun dia tetap berharap orang ramai tidak jemu dengan lagu ciptaan Hael Husaini itu yang telah banyak mengangkat namanya dalam industri muzik.