Bila menyebut tentang strok atau disebut juga angin ahmar, ia merupakan masalah kesihatan yang disebabkan oleh gangguan bekalan darah ke otak. Hal ini terjadi kerana bahagian otak tidak menerima oksigen yang mencukupi sekaligus akan mengalami kerosakan sel-sel otak sekali gus menyebabkan kecederaan saraf. Oleh itu, bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak serta saraf yang terbabit tidak dapat berfungsi. Strok merupakan kecemasan perubatan. Sekiranya ia tidak dikesan dan dirawat dengan segera,kerosakan fungsi badan akan berkekalan malahan kematian juga boleh berlaku.
Ramai tahu tentang strok dari segi perubatan tapi dari sudut agama, angin yang mengakibatkan terjadinya strok disebut sebagai Angin Rihul Ahmar.