SHAH ALAM – Seorang aktivis berbangsa India, M Mythreyar, 46, melakukan mogok lapar melebihi 100 jam di hadapan Parlimen sejak Rabu lalu.
Dia yang berasal dari Tanjung Malim, Perak nekad berbuat demikian untuk merayu kepada kerajaan agar tidak meneruskan jualan pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, BlackRock yang disifatkannya sebagai satu pengkhianatan terhadap rakyat Palestin.